Khamis, 31 Oktober 2013

PERKHIDMATAN BERKHATAN UNTUK MUSIM CUTI SEKOLAH BULAN NOV & DISEMBER 2013

Perkhidmatan berkhatan ( bersunat ) untuk kanak-kanak bagi musim cuti sekolah bulan november dan disember 2013 kini dibuka untuk pendaftaran. Maklumat dan keterangan lanjut sila hubungi klinik 03-89442270

Perhatian : Perkhidmatan ini telah ditamatkan 
            pada 1hb Nov 2014. Harap maklum

Khamis, 18 Julai 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA BAGI STAFF KLINIK ( KJ ) & KEDAI ( BML )

Satu majlis berbuka puasa bagi staff Klinik Jameaton & Kedai Baby Mama Love bagi tahun 2013 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Majlis : Berbuka Puasa Ramadan 2013
Tarikh : 20hb Julai 2013
Hari   : Sabtu
Masa   : 6.30 petang - 9.30 malam
Tempat : Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Semua staff klinik dan kedai dijemput hadir.

Khamis, 27 Jun 2013

WAKTU RAWATAN BULAN RAMADHAN

Isnin - Jumaat
8.00 pagi - 5.30 petang
8.30 malam - 10.30 malam

Sabtu
8.00 pagi - 5.30 petang (waktu malam PERKHIDMATAN SCAN DITUTUP )

Ahad
10.00 pagi - 4.00 petang,( PERKHIDMATAN SCAN SAHAJA ) 

Selasa, 26 Februari 2013

Continuous Professional Development Program - By Nestle Nutrition

Pihak klinik Jameaton telah dijemput untuk menghadiri program:

Nama Program:
Continuous Professional Development Program
Tarikh:
2 - 3 March 2013
Tempat:
Parkroyal Penang Resort

Seminar ini akan dihadiri oleh Dr. Jameaton. Oleh itu khidmat rawatan di klinik akan diteruskan oleh doktor locum.

Sekian dimaklumkan  
 
 

Penempatan Penuntut Jurusan Perubatan Universiti Perdana / John Hopkins University U.S.A

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4c7ZPdghfhvVljxgoLDA7bB5-3QsDg2vDhdE6_VCPH9Z5yrHTGdd4YS_KN1a9wfROTvJISxEhgyfvgyJM8OCzft2xykDbH2u0saMHXlQK2xU_7Z5ByP66ziD-cDxpBYVpRFhUeDN0jRws/s1600/perdana.jpg



Adalah dimaklumkan bahawa klinik Jameaton akan menerima seorang penuntut wanita jurusan perubatan dari Universiti Perdana dengan kerjasama John Hopkins University U.S.A bagi menjalani latihan pendedahan awal General Practitioner (GP) selama setahun di klinik ini bermula 27hb Feb 2013. 

Selain dari itu klinik ini juga telah dilantik oleh pihak universiti CUCMS ( Cyberjaya University College Of Medical Sciences ) sebagai tempat latihan penuntut jurusan perubatan universiti tersebut.



 

Isnin, 25 Februari 2013

PERKHIDMATAN BERKHATAN / BERSUNAT 26.5.2013

Adalah dimaklumkan bahawa pihak klinik akan mengadakan perkhidmatan berkhatan / bersunat bagi kanak-kanak pada musim cuti sekolah semester ke 2 ini pada 26.5.2013 ( Ahad ). Oleh itu bagi ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak mereka boleh lah menghubungi klinik 03-89442270 untuk pendaftaran awal kerana tempat adalah terhad.

Sekian dimaklumkan, terima kasih

Khamis, 7 Februari 2013

CUTI TAHUN BARU CINA

Dimaklumkan bahawa klinik akan ditutup selama 2 hari bermula pada 10hb Feb 2013 ( Ahad ) hingga 11 hb Feb ( Isnin ). Dibuka seperti biasa pada hari Selasa bermula jam 8.30 pagi.

Sekian, harap maklum

Khamis, 10 Januari 2013

CERAMAH PERCUMA

Adalah dimaklumkan bahawa Klinik Jameaton akan mengadakan satu ceramah PERCUMA kepada pelanggan-pelanggannya seperti berikut:

Nama Program : Ceramah ( percuma )
Tajuk : Kepentingan flu vaksin di kalangan ibu mengandung 
              dan kanak-kanak
Tarikh: 26hb Januari 2013
Hari : Sabtu
Masa: 12.00 tengahari - 1.00 petang

Syarat penyertaan:
Terbuka kepada pelanggan Klinik Jameaton sahaja
Tempat adalah terhad
Makanan dan minuman disediakan percuma

Kepada yang berminat sila hubungi klinik jameaton 03-89442270 untuk pendaftaran. Tempat adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat. 

Sekian, dimaklumkan.

AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2012

Diantara aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2012 ialah:

1. kelas antenatal percuma
    tajuk: nutrisi optimum sewaktu mengandung
    tarikh: 1.10.2012
    hari: sabtu
    masa: 1.30 ptg - 2.30 ptg

2. kelas antenatal percuma
    tajuk: penyusuan ibu berjaya
    tarikh: 3.12.2012
    hari: sabtu
    masa: 2.30 ptg - 3.10 ptg