Jumaat, 11 Februari 2011

Sejarah Penubuhan

KLINIK JAMEATON SDN BHD ( Co No:662210-P )


Klinik ini telah ditubuhkan pada 1hb Mac 2005 dibawah Akta Syarikat 1965 dengan 2 orang pengarah iaitu Dr. Jameaton bt Abdullah selaku Pengarah Urusan sementara En Ahmad bin Mohd Noh sebagai Pengarah Eksekutif. Jumlah kakitangan ketika itu adalah seramai 4 orang sahaja.  Sementara peralatan terawal yang dimiliki adalah mesin scan jenama Aloka. 


Pada hari ini Klinik Jameaton telah berjaya mengorak langkah kehadapan dengan beberapa penambahan alatan seperti mesin scan 4D jenama Sanoscape. Jumlah anggota panel juga telah bertambah dan syarikat insuran yang terlibat adalah seperti, MEDIJARING, FOMEMA, PMCARE, MEDICLINIC dan lain-lain syarikat.


Klinik Jameaton juga telah membuka sebuah perniagaan lain iaitu Jameaton Shoppe Sdn Bhd - Kedai barangan Ibu dan Bayi yang terletak di Putra Walk Seri Kembangan. Kedai ini menjual pelbagai barangan ibu dan bayi seperti botol susu, susu formula bayi, ubat-ubatan dan krim, pakaian bayi, breast pump, thermometer bayi dan lain-lain barang. Diantara jenama barangan yang dijual dikedai ini termasuklah jenama MAM, Basilic/hellobaby, Philips/Avent, Dr.Browns, Mebby, Little Bean, Fabulous Mom, Baby Wise, Bright Starts dan Bumble Bee. Kedai ini juga menjalankan perniagaan secara on-line serta memiliki blog sendiri.