Rabu, 26 Disember 2012

JAWATAN KOSONG - JURURAWAT

Merujuk kepada iklan jawatan kosong - JURURAWAT yang disiarkan pada 17.12.2012, disini dimaklumkan bahawa jawatan tersebut telah pun diisi. Sekian dimaklumkan

CUTI SAMBUTAN TAHUN BARU 2013

Adalah dimaklumkan bahawa klinik akan ditutup selama 1 ( satu ) hari pada 1.1.2013 ( selasa ) sempena menyambut tahun baru 2013. Klinik akan dibuka seperti biasa pada 2.1.2013 jam 8.30 pagi. Kepada pelanggan yang mempunyai tarikh temujanji pada hari tersebut anda diminta menyemak semula dengan menghubungi klinik 03-89442270. Sekian dimaklumkan.

Isnin, 5 November 2012

PERKHIDMATAN BERKHATAN UNTUK KANAK-KANAK

Perkhidmatan berkhatan untuk kanak-kanak pada musim cuti sekolah kini dibuka untuk pendaftaran, kepada anda yang berminat untuk mendaftarkan anak masing-masing sila hubungi klinik di talian 03-89442270. 

Ahad, 7 Oktober 2012

Cuti Hari Raya Aidil Adha 2012

Sempena sambutan hari raya aidil adha ( hari raya haji ) bagi tahun 2012 yang dijangka akan disambut pada 26.10.2012 ( jumaat) , klinik Jameaton akan bercuti selama 2 hari bermula 26.10.2012 ( jumaat ) - 27.10.2012 ( sabtu ).

Pihak pengurusan dan kakitangan klinik Jameaton mengucapkan selamat hari raya aidil adha.

Sabtu, 6 Oktober 2012

JADUAL WAKTU 4D & DETAIL SCAN TERBARU

Oleh kerana sambutan yang menggalakkan keatas perkhidmatan scan 4D dan DETAIL SCAN, pihak kami telah mengubah jadual perkhidmatan 4D & detail scan seperti berikut:

Setiap hari SABTU : 6.00 petang - 9.00 malam
Setiap hari AHAD   : 10.00 pagi - 4.00 petang

Scan 4D - usia kandungan 26 minggu - 34 minggu
Detail Scan - usia kandungan 18 minggu - 26 minggu

Perkhidmatan 4D & detail scan adalah melalui temujanji seminggu lebih awal atau walk in, walau bagaimana pun pelanggan yang telah membuat temujanji adalah diutamakan. Pelanggan dinasihatkan supaya menghubungi klinik di talian 03-89442270   bagi mendapatkan tarikh temujanji.

Sekian dimaklumkan.

Khamis, 5 Julai 2012

PERUBAHAN WAKTU RAWATAN DI BULAN RAMADHAN 2012

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat sedikit perubahan pada waktu rawatan sepanjang bulan ramadhan 2012 ini. Berikut disertakan jadual waktu rawatan pada bulan ramadhan.


Waktu Rawatan:


Isnin - Jumaat
8.00 pagi - 5.30 petang
8.30 malam - 10.30 malam


Sabtu
8.00 pagi - 5.30 petang


Ahad
10.00 pagi - 4.00 petang ( khas untuk scan sahaja, tiada rawatan )


Jadual diatas hanya diguna pakai pada bulan ramadhan sahaja. Selepas itu jadual rawatan adalah seperti biasa. 


Pihak pengurusan dan staf klinik Jameaton mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan ramadhan.


Sekian, harap maklum



Isnin, 30 April 2012

NOTIS : KLINIK DITUTUP PADA 5.5.2012 ( SABTU )

Kepada pelanggan-pelanggan Klinik Jameaton Sdn Bhd:


Adalah dimaklumkan bahawa klinik Jameaton akan ditutup selama satu hari pada 5.5.2012 ( sabtu ). Walau bagaimana pun pada hari Ahad 6.5.2012 perkhidmatan scan 4D dibuka seperti biasa. Klinik dibuka semula pada hari Isnin 7.5.2012. Sebarang masalah sila hubungi klinik Jameaton 03-89442270. Sekian harap maklum

Ahad, 12 Februari 2012

KLINIK JAMEATON SEBAGAI KLINIK PENGAJAR

Adalah dimaklumkan bahawa klinik Jameaton Sdn bhd kini telah dilantik sebagai klinik pengajar bagi penuntut jurusan perubatan bagi 2 buah universiti berikut:




Tahniah diucapkan atas perlantikan ini dan diharap klinik ini akan bertambah maju lagi pada masa akan datang.